MyRumah 19th July 2019 - Peluang Miliki 2,653 Unit Kediaman

MyRumah 19<sup>th</sup> July 2019 - Peluang Miliki 2,653 Unit Kediaman

MyRumah 19th July 2019 - Peluang Miliki 2,653 Unit Kediaman

SELEPAS jelajah pertama tahun lalu mendapat sambutan di luar jangkaan, pameran hartanah MyRumah 2019 bakal menemui penduduk Melaka pada hujung minggu ini.

Siri jelajah kedua MyRumah 2019 itu bakal berlangsung pada di pusat beli-belah Aeon Bandaraya, Taman Lagenda, Melaka pada Jumaat hingga Ahad ini.

Ketua Pengiklanan Wilayah dan Usahawan Kecil dan Sederhana (SME) NSTP, S Linggaraj berkata, Melaka adalah negeri kedua bagi siri jelajah tahun ini selepas diadakan di MyTown, Kuala Lumpur.

"Untuk MyRumah 2019 di Melaka nanti, seramai tujuh pemaju atau pempamer mengambil bahagian dan satu syarikat takaful.

"Pemaju terbabit adalah Bukit Pelali (Astaka Padu Sdn Bhd), Faithview Group Development Sdn Bhd, Handal Group, Jabatan Perumahan Negara (JPN), Lembaga Perumahan Melaka (LPM), Scientex Heights Sdn Bhd serta SPNB Aspirasi (SPNB)," katanya pada sidang media di NSTP Melaka, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Pengiklanan NSTP, Roche Chew.

Beliau berkata, bagi memudahkan pengunjung atau bakal pembeli rumah, pempamer dari syarikat takaful iaitu Takaful Ikhlas Berhad turut serta.

Menurutnya, pameran hartanah MyRumah 2019 mengetengahkan konsep 4E iaitu pembelajaran, pameran, persekitaran dan pengalaman bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada pengunjung.

"Sebanyak 2,653 unit kediaman berharga antara RM180,000 hingga RM679,000 ditawarkan sepanjang tiga hari pameran bermula 10 pagi hingga 10 malam.

"Malah untuk pembeli bertuah pula, mereka berpeluang memenangi kereta Nissan Almera pada sesi cabutan bertuah peringkat akhir," katanya.

Terdahulu, siri pertama MyRumah di MyTown pada Mac lalu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 100,000 pengunjung.

Selepas Melaka, siri jelajah pameran hartanah MyRumah 2019 akan berlangsung Pulau Pinang, Johor, Pahang, Perak dan Sabah.